Taklimat Pelaksanaan PDK Ku Sihat di Klinik Kesihatan
Tarikh : 26.07.2012
Hari : Khamis
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Kekwa, Pejabat Kesihatan Kuala Muda
Sungai Petani
Taklimat disampaikan oleh PJK Pn Hasnah Wong. Dihadiri oleh Ketua Jururawat Kesihatan dan Jururawat Kesihatan yang terpilih untuk menjalankan Program PDK Ku Sihat.
Dalam taklimat tersebut ditekankan pendekatan dan tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh setiap anggota kejururawatan. Peserta diberi penerangan tentang pengisian Buku Daftar, Borang Reten dan sebagainya. Peserta juga diingatkan untuk menghantar reten secara mingguan dan memastikan segala aktiviti di PDK didokumenkan dengan baik.
No comments:
Post a Comment