PDK Ku Sihat

PDK Ku Sihat adalah program yang fokus kepada cara hidup sihat untuk membudayakan pemakanan sihat dan aspek aktiviti fizikal dalam kalangan pelatih PDK supaya tahap kesihatan mereka dapat ditingkatkan.
Amalan pemakanan sihat dengan pengambilan makanan mengikut keperluan harian dapat menjamin tahap kesihatan yang optima. Faktor kekurangan atau berlebihan nutrien akan menyebabkan risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan.
Melakukan aktiviti fizikal secara konsisten dapat memberi pelbagai faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang konsisten dapat menyumbang ke arah peningkatan tahap kecergasan yang baik.
Buat masa ini, aktiviti di PDK adalah lebih tertumpu terhadap aspek terapi dan pembinaan kemahiran hidup harian pelatih. Aktiviti berasaskan kesihatan yang dijalankan oleh petugas PDK kurang diberi penekanan. Perkhidmatan Kesihatan pula dijalankan oleh anggota kesihatan semasa lawatan berkala ke PDK.
Pelaksanaan program PDK Ku Sihat akan memberi ruang kepada penyelia dan petugas untuk membudayakan cara hidup sihat di PDK serta mendidik pelatih di PDK mengamalkan pemakanan sihat dan menjadi lebih cergas dan cerdas melalui aktiviti fizikal yang konsisten.

VISI
Ke arah pelatih PDK yang membudayakan cara hidup sihat

MISI
Menyediakan aktiviti yang fokus kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal kepada pelatih PDK agar mereka mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Umum
         Meningkatkan status kesihatan pelatih PDK
2. Khusus
  • Menggalakkan pelatih PDK mengamalkan pemakanan sihat dan melakukan aktiviti fizikal dengan konsisten
  • Mengurangkan masalah pemakanan dalam kalangan pelatih di PDK

No comments:

Post a Comment