Thursday 26 July 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras NBOS7 Daerah Kuala Muda


Tarikh : 26.07.2012
Hari     : Khamis
Masa   : 2.30petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Melur,
               Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Mekala, Penyelaras Daerah dan dihadiri oleh Dr Halimah Saad, PJK Hasnah Wong, Penyelia Penolong Pegawai Perubatan, Ketua-ketua Jururawat dan Jururawat Kesihatan dari semua Klinik yang terlibat.
Dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan untuk mengadakan taklimat kepada semua Penyelia PDK Daerah pada 06.08.2012. Mesyuarat juga telah menetapkan jadual lawatan ke PDK mengikut klinik masing-masing. Juga dibincangkan jadual lawatan ke Rumah Penjagaan Warga Mas di Bedong dan Bandar Sungai Petani.





Taklimat Pelaksanaan PDK Ku Sihat di Klinik Kesihatan


Tarikh : 26.07.2012
Hari     : Khamis
Masa   : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Kekwa, Pejabat Kesihatan Kuala Muda
               Sungai Petani

Taklimat disampaikan oleh PJK Pn Hasnah Wong. Dihadiri oleh Ketua Jururawat Kesihatan dan Jururawat Kesihatan  yang terpilih untuk menjalankan Program PDK Ku Sihat.
Dalam taklimat tersebut ditekankan  pendekatan dan tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh setiap anggota kejururawatan. Peserta diberi penerangan tentang pengisian Buku Daftar, Borang Reten dan sebagainya. Peserta juga diingatkan untuk menghantar reten secara mingguan dan memastikan segala aktiviti di PDK didokumenkan dengan baik.







Kursus 'PDK Ku Sihat'

Tarikh : 23 - 24.07.2012
Tempat : Dewan Kekwa,
               Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda
               Sungai Petani
Anjuran : JKN Kedah

Taklimat disampaikan oleh Dr Sarmiza, KPPP Kesihatan Keluarga dan staf dari JKN (Kesihatan Keluarga) bertujuan untuk menggerakan Program PKD Ku Sihat di seluruh Negeri Kedah. Kursus tersebut merangkumi sesi ceramah, lawatan ke PDK Bedong dan Aman Jaya dan sesi amali yang dijalankan di PDK tersebut.
Berpeluang mendekati kanak-kanak kelainan upaya, cara pembelajaran dan pengajaran di PDK dan kekuatan dan kelemahan seseorang kanak-kanak kelainan upaya.
Keseluruhan kursus dijalankan dengan lancar dan baik sekali walaupun di dalam bulan puasa. Syabas dan Tahniah untuk semua.






Wednesday 25 July 2012


Mesyuarat Penyelaras Pelaksanaan NBOS7 – 1 Malaysia Family Care Peringkat Daerah bersama agensi luar

Tarikh : 23.07.2012
Hari      : Isnin
Masa    : 2.30 petang
Tempat :  Bilik Mesyuarat, 
                 Pejabat Kebajikan Masyarakat Sungai Petani
Agensi Terlibat :

- Pengarah Hosp Sultan Abd Halim
- Pegawai Pergigian Daerah Kuala Muda
- Pegawai Kebajikan Daerah Kuala Muda
- Pegawai Pemerintah 807 RSAT
- Dekan Fakulti Perubatan AIMST
- Pegawai Belia Daerah Kuala Muda
- Penguasa Rumah Seri Kenangan Bedong
- Ketua-ketua Unit PKDKM

Objektif : 
  1. Untuk memberi penerangan kepada semua agensi terlibat diperingkat Daerah
  2. Berbincang dan membuat perancangan serta jadual lawatan pelbagai agensi 






Mesyuarat Pelaksanaan NBOS7 – 1 Malaysia Family Care Peringkat Daerah

Tarikh : 15.07.2012
 Masa   : 3.00petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Melati, PKD Kuala Muda
Objektif Mesyuarat :-
  1. Untuk memberi input kepada semua Ketua-ketua Unit dan PP&K tentang program NBOS7
  2. Merancang  pendekatan peringkat PKD KM
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda, Dr Umai Kalsom bt Hj Hashim.