Sunday 4 November 2012


Semarak Kasih Rantaian Hati Bersama 
Ibu Tunggal

Tarikh : 03.11.2012 
Hari    : Sabtu
Tempat : Dewan Kompleks Penyayang,
              Jabatan Kebajikan Masyarakat,
              Sungai Petani
Aktiviti : Senamrobik, Ceramah, Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan
Kerjasama Agensi Lain : Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Sungai Petani
                                      Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Muda,
                                      Jabatan Pergigian
                                      LPPKN
                                     NGO- Cahaya Harapan, Sungai Petani



Senaman Pagi

Senaman Pagi

Pameran Kanser oleh Jabatan Pergigian

Pameran Unit Promosi Kesihatan

Promosi dan Pameran LPPKN

Para Jemputan VIP

Para Peserta Ibu Tunggal

Saringan Kesihatan

Konsultasi Pegawai Perubatan

Saringan Kesihatan

Tuesday 25 September 2012

Mesyuarat Pelaksanaan NbOs7 untuk Ibu Tunggal


Tarikh: 25.09.2012 (Selasa)
Masa  : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama,
               Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda. Kehadiran terdiri dari Pegawai Pergigian, Jabatan Pergigian, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Pegawai LPPKN, Pegawai Kolej Komuniti, Pegawai Belia Daerah, Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Sungai Petani dan wakil dari semua Klinik Kesihatan Daerah.






Thursday 20 September 2012

Aktiviti PDK Ku Sihat - KK Bukit Selambau

Tarikh : 12.09.2012
Program : Demonstrasi Masakan Makanan Sihat

Pada 12/9/2012 aktiviti PDK ku Sihat telah diteruskan. Staff yang terlibat ialah
Jk(KUP) Zalina bt. Abdul Hamid bersama 2 orang Pelatih Jururawat dari Kolej Kejururawatan
Sungai petani, Kedah.
Program diteruskan dengan mengadakan demonstrasi masakan makanan sihat iaitu membuat sandwich.
Pelatih PDK yang terlibat ialah sebanyak 13 orang.




Thursday 6 September 2012

Aktiviti Klinik Kesihatan Bukit Selambau Bersama Warga Mas dan
Pelatih PDK

Tarikh : 27.08.2012
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Bukit Selambau
Bilangan Peserta : Warga Mas dan Pelatih PDK

Aktiviti senaman bersama anggota kesihatan, warga mas dan pelatih PDK dikendalikan oleh
JK Zalina Abd Hamid, JM Siti Nor Hamizan Abu Bakar dan Penyelia PDK




Sunday 12 August 2012


Lawatan PDK Bukit Selambau Sesi 2

Tarikh : 07.08.2012
Tempat : PDK Bukit Selambau
Petugas : JK(KUP) Zalina bt Abdul Hamid
              JK Romlah Hashim
Aktiviti  : Pengambilan antropometri, pengiraan BMI

Keputusan yang diperolehi ialah :
·         BMI normal : 3 orang
·         Berlebihan berat badan  : 1 orang
·         Obesiti : 1 orang




Lawatan Ke PDK Aman Jaya, Sungai Petani

Tarikh Lawatan : 01.08.2012
Hari    : Rabu
Masa  : 9.30 pagi
Aktiviti : lawatan bersama anggota dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Bandar Sungai Petani. Pendaftaran Pelatih PDK Aman Jaya dan pemeriksaan fizikal oleh anggota kesihatan di ketuai oleh Dr Nurulraihan Mohamed Zawawi.






Sunday 5 August 2012


Lawatan Ke PDK Bukit Selambau 

Tarikh Lawatan : 31.07.2012
Hari     : Selasa
Aktiviti : Lawatan ke PDK Bukit Selambau

Program PDK Ku Sihat telah dijalankan di PDK Bukit Selambau pada 31.07.2012 oleh anggota kesihatan dari KK Bukit Selambau yang terdiri dari Dr. Khairul Idzwan bin Kamil, JKA Pn Khuzanariah bt Hashim dan JK (KUP) Pn Zalina bt Abdul Hamid. Aktiviti yang dijalankan merangkumi pendaftaran awal, saringan dan pemeriksaan kesihatan serta khidmat nasihat. Untuk sesi pertama seramai enam orang pelatih OKU yang hadir dan diperiksa, seorang pelatih dirujuk ke Klinik Kesihatan Bukit Selambau untuk mendapatkan rawatan lanjut disebabkan mengalami demam selama seminggu.










Wednesday 1 August 2012

Lawatan ke Pusat Aktiviti Warga Emas, Kompleks Penyayang, Sungai Petani

Tarikh Lawatan : 01.08.2012
Hari                  : Rabu
Masa                : 11.00 pagi

Lawatan dijalankan bersama Dr Nor Sarina, Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Pn Siti Zaharah, Ketua Jururawat Kesihatan dan Pn Mashitah Jururawat Kesihatan dari Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani.
Aktiviti yang dijalankan merangkumi pengukuran antropometri, BMI, tekanan darah, RBS, Saringan BSSK Wargamas, konsultasi dan khidmat nasihat kesihatan.



Pemeriksaan Kesihatan dan konsultasi yang dijalankan di Kompleks Penyayang oleh anggota-anggota kesihatan dari Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani







Saringan BSSK Warga Emas





Thursday 26 July 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras NBOS7 Daerah Kuala Muda


Tarikh : 26.07.2012
Hari     : Khamis
Masa   : 2.30petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Melur,
               Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Mekala, Penyelaras Daerah dan dihadiri oleh Dr Halimah Saad, PJK Hasnah Wong, Penyelia Penolong Pegawai Perubatan, Ketua-ketua Jururawat dan Jururawat Kesihatan dari semua Klinik yang terlibat.
Dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan untuk mengadakan taklimat kepada semua Penyelia PDK Daerah pada 06.08.2012. Mesyuarat juga telah menetapkan jadual lawatan ke PDK mengikut klinik masing-masing. Juga dibincangkan jadual lawatan ke Rumah Penjagaan Warga Mas di Bedong dan Bandar Sungai Petani.





Taklimat Pelaksanaan PDK Ku Sihat di Klinik Kesihatan


Tarikh : 26.07.2012
Hari     : Khamis
Masa   : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Kekwa, Pejabat Kesihatan Kuala Muda
               Sungai Petani

Taklimat disampaikan oleh PJK Pn Hasnah Wong. Dihadiri oleh Ketua Jururawat Kesihatan dan Jururawat Kesihatan  yang terpilih untuk menjalankan Program PDK Ku Sihat.
Dalam taklimat tersebut ditekankan  pendekatan dan tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh setiap anggota kejururawatan. Peserta diberi penerangan tentang pengisian Buku Daftar, Borang Reten dan sebagainya. Peserta juga diingatkan untuk menghantar reten secara mingguan dan memastikan segala aktiviti di PDK didokumenkan dengan baik.